
roslindazainerosli
5 tahun
Period tidak teratur, Ada cyst
Hai doktor. Saya wanita berumur 28 tahun Dan sudah 2 tahun lebih berkahwin. Saya belum Ada zuriat kerana masalah period tidak teratur. Saya sudah berjumpa dengan doktor pakar Dan disahkan Ada cyst. Saya banyak membaca tentang cara menghilangkan cyst, tetapi bulan jun lepas doktor mengesahkan cyst Saya mengecut tetapi masih Ada. Says mengamalkan cara pemakanan untuk menghilangkan cyst. Minggu lepas, Saya check lagi dengan doktor, tetapi cyst itu masih Ada. Adakah disebabkan cyst, period Saya tidak teratur? Adakah kemungkinan telur Saya tidak matang? Adakah kesuburan Saya rendah? Bantu says doktor, saya inginkan zuriat.
Terima kasih doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kitaran haid yang tidak teratur boleh disebabkan:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah sindro polisistik ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Oleh kerana masalah ini telah dibawa ke doktor dan telah pun di diagnos oleh beliau maka saya boleh membuat kesimpulan yang haid tidak teratur anda mungkin disebabkan oleh cyst tersebut. Kehamilan akan berlaku sekiranya cyst tersebut mengecil atau hilang. Saya cadangkan untuk anda membawa masalah ini kepada doktor anda kerana saya percaya beliau lebih mengetahui tahap kesihatan anda
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.