
Sulit
3 tahun
Period tidak teratur dan pcos
saya wanita 28 tahun. saya ada masalah period tidak teratur sejak umur 16 tahun dan saya menghidap penyakit pcos baru-baru ini disahkan oleh doktor. kebiasaan period saya jika pendek sekitar 2 minggu dan jika berpanjangan melebihi 30 hari pada satu-satu masa. period saya jugak tidak banyak hanya keluar ketika saya membuang air… paling lama period saya berhenti lebih kurang sebulan. sejak kebelakangan ini dalam tempoh hampir 2 bulan tidak didatangi period. adakah saya mengandung atau pcos?.. gejala pcos pon berpunca pd mereka yg sukar didatangi period. saya sudah cek upt tapi negatif… adakah ini gejala pcos?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda menghidapi masalah PCOS. Kini anda tidak mendapat haid selama 2 bulan dan ingin mengetahui jika ia berkaitan dengan PCOS ataupun jika anda hamil. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah haid anda boleh disebabkan oleh kedua-dua perkara tersebut. Sememangnya masalah PCOS boleh menyebabkan haid tidak teratur atau haid tidak datang. Namun, ada kemungkinan untuk hamil juga jika anda ada melakukan hubungan seksual. Kami tidak dapat memberikan anda kepastian tanpa maklumat tambahan dan pemeriksaan lanjut. Oleh itu, kami menasihatkan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya anda dapat dibantu dengan lebih lanjut. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi peribadi bersama doktor pakar sakit puan kami.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan