Sulit
6 tahun
Period tidak teratur & tidak stabil
saya wanita berumur 31thn blm berkahwin… sy ada masalah period tidak teratur… 2 bulan sekali bru period… lepas tu 6 bulan period teratur mcm biasa… then berulang lagi tidak teratur… dh berjumpa doktor & doktor beritahu adalah hormon dsebabkan terlalu letih & stress… utk setahun ini period teratur seperti biasa… akan tetapi period seperti biasa utk 3-5 hari… utk hari ke 6 terus stop then utk sy teruskan mandi wajib utk sembahyang… selang 3-4 hari darah period keluar lagi…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Haid tidak teratur adalah apaila kitaran haid anda diluar batas normal. Kitaran haid yang tidak normal adalah apabila kitaran haid seterusnya datang lebih lambat dari 38 hari atau lebih cepat daripada 24 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



























