Sulit
2 tahun
Period yang lama dan tak berhenti
Saya wanita berumur 20tahun baru berkahwin , saya period sekarang hampir 4month darah tak berenti , dan setiap hari akan keluar darah sedikit2 kadang2 banyak , dan saya selalu keluar darah berketul kadang sebesar ibu jari , bila saya pergi ke hospital , doctor akan cakap hormon saya tidak stabil , saya dari umur 15 tahun first period saya sebulan sampai la keharini . Dan kalini period saya paling lama hampir 4 month tak berenti. Kadang mood saya pun swing dan pening kepala selalu . Saya taktahu nak buat apa dah . Boleh doktor bantu saya ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui keterangan diatas, anda mengalami masalah haid yang lama tanpa henti selama 4 bulan disertai dengan gejala darah sedikit, kadang kala banyak dan darah berketul. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini.
Untuk pengetahuan anda, pendarahan berpanjangan ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Tekanan ataupun stres
- Gaya hidup aktif
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ibuprofen/aspirin yang mencairkan darah
Namun gejala ini juga boleh berlaku akibat kondisi yang serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut daripada doktor seperti:
- Masalah tiroid
- Kanser rahim atau serviks
- PCOS
- Masalah pembekuan darah
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui dan kebanyakan wanita alami masalah ini
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut mengenai masalah yang dialami oleh anda .
Kami berharap penerangan ini dapat membantu. Terima kasih