
Sulit
3 tahun
Period yang tak tentu
Saya umur 41 tahun. Saya masih lagi ambil pil perancang. Sejak sebulan lepas period saya selalu datang sikit sikit walaupun pil yang saya makan masih banyak

3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kerisauan anda tentang kitaran haid yang tidak teratur. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Keletihan
- Tekanan emosi
- Kurang atau berat badan berlebihan
- Masalah Polycystic Ovarian Syndrome
- Terlibat dengan aktiviti sukan lasak
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
Keadaan ini juga boleh disebabkan oleh masalah pada struktur rahim, faraj dan cerviks. Penggunaan pil perancang yang tidak betul juga boleh menyebabkan gangguan kepada kitaran haid anda. Anda perlu berunding dengan doktor tentang kaedah tersebut dan pemeriksaan fizikal dalah diperlukan.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.