Anonymous
6 tahun
Period yang takteratur
Salam.saya berumur 25thun.baru lepas kelahiran anak pada 14/3 tahun ini.saya telah ambil cegah kehamilan iaitu injection pada bulan april.bulan 5 period saya menjadi pjg.sepatutnya injection saya seterusnya pertengahan bulan 7.tetapi bulan 7 saya belum datang period.saya juga mengalami seperti simptom mengandung.upt telah dibuat line kedua samar samar.apa perlu saya lakukan.kerana dalam masa yang sama saya ada ambil ubat cair darah rivaroxiban 20mg.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk menjawab soalan anda, kedatangan haid yang panjang pada bulan Mei lepas boleh disebabkan kesan suntikan tersebut mahupun ubat cair darah anda. Pengambilan suntikan perancang pada umumnya akan mengganggu kitaran normal haid seseorang samada akan mempercepat atau melambatkan kitaran tersebut. Mengenai ujian UPT anda, keputusan ujian tersebut boleh disebabkan:
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



























