mardhyana

5 tahun

Perlu kah makan ubat kencing manis dgn bacaan 7?

Suami diminta memakan ubat kencing manis dgn bacaan gula 7… sudah tahap bahaya ke doc?

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.

Untuk mengukur tahap glukosa, terdapat banyak ujian yang digunakan doktor. Ini termasuklah tahap glukosa darah rawak, tahap glukosa berpuasa, ‘oral glucose tolerance test” (OGTT), dan ujian HbA1c. Saya akan menerangkan tentang setiap ujian di bawah. Untuk setiap ujian, dia akan ada nilai pra-diabetes dan diabetes. Tafsiran nilai-nilai juga bergantung jika orang itu ada simtom diabetes atau tidak.

Random blood glucose (RBG) adalah tahap glukosa yang diambil secara rawak sama ada mereka dah makan atau tidak. Ujian ini mengukur paras glukosa dalam kapilari atau urat pesakit pada satu masa tertentu. Ujian ini bukan cara yang boleh dipercayai sepenuhnya untuk memeriksa dan mendignosa diabetis tetapi ujian ini mudah dilakukan dan peskit tidak perlu puasa terlebih dahulu. Seseorang itu dianggap sebagai pra-diabetes jika tahap glukosa darah rawak adalah antara 7.8 hingga 11.1 mmol / L. jika seseorang itu yang ada simtom diabetis, dia akan didiagnosa dengan diabetes jika nilai glukosa darah rawak lebih daripada 11.1 mmol / L.

Sebaliknya, jika pesakit tidak ada simtom, nilai glukosa darah rawak kapilari yang lebih daripada 5.6 mmol / L, memerlukan lebih banyak ujian yang lebih lanjut. Bagi soalan anda, jika suami anda mengambil tahap glukosa secara rawak, ia akan menjadikannya ujian RBG. Jadi seperti yang disebutkan di atas, ia bergantung jika suami anda ada simtom atau tidak. Jika ada simtom, nilai 7 akan memerlukan ujian selanjutnya iaitu RBG di vena tangan. Tetapi, jika suami anda tidak ada simtom, ujian selanjutnya juga diperlukan. OGTT adalah ujian di mana anda akan dikehendaki untuk mengambil cecair glukosa (75g glukosa dalam air). Tahap glukosa akan diukur sebelum dan 2 jam selepas minum air gula itu. Biasanya pesakit dikehendaki berpuasa semalaman sebelum ujian.

Nilai pra-diabetik untuk OGTT adalah antara 7.8 hingga 11.1 dan nilai diabetesnya ialah lebih daripada 11.1 mmol / L. Antara semua ujian yang boleh dilakukan, HbA1c adalah yang paling tepat. Ia mengukur kawalan glukosa anda selama 3 bulan. Ia dilakukan untuk mendiagnosa dan memantau tahap glukosa dalam pesakit diabetis. Saya menyarankan puan melawat doctor untuk berbincang memgenai ujian selanjutnya dan jenis ubat yang kena ambil jika perlu.

Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

diabetes-528678_640

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)