
Sulit
5 tahun
Perlu ke ubat kuatkan rahim
saya wanita berumur 27 tahun. saya baru dapat tahu saya mengandung 4 minggu (period last 19 april). saya ada sejarah keguguran sebelum ni(kandungan 9 minggu)perlu ke saya ke klinik untuk buat pemeriksaan atau masih awl lagi. dan perlu tak saya minta doktor ubat untuk kuatkan rahim. saya risau perkara sebelum ni terjadi lgi.tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Anda digalakkan untuk ke klinik dan membuat buku pink untuk wanita hamil dengan segera. Selain itu, bagi rawatan menguatkan rahim, pada pendapat saya, anda tidak perlu untuk mengambilnya kerana masalah keguguran anda hanya berlaku sekali sahaja sebelum ini.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.