
Sulit
4 tahun
Perlukah saya mengambil pil postinor
Saya wanita berumur 39tahun…
Perlu atau tidak saya mengambil pil postinor kerana pagi ini suami saya hanya menggesel kepala zakarnya di faraj saya…jika terdapat air mazi di faraj saya adakah ia boleh menyebabkan hamil?sebelum ini saya telah mengambil pil perancang harian kecuali pada bulan lepas shj saya tidak mengambil pil perancang harian…
Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang pengambilan pil postinor.
Untuk makluman anda, air mazi tidak mengandungi sperma yang boleh membuatkan seseorang mengandung. Malahan sekiranya ia hanya digesel di bahagian luar, anda tidak perlu risau kerana kehamilan tidak akan berlaku.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Pil postinor boleh diambil sekiranya anda melakukan hubungan seksual tanpa perlindungan dan suami anda mengeluarkan mani di dalam faraj.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.