
Sulit
4 tahun
Pernah di syaki anxiety atau kah sakit mental
Saya wanita 25 tahun , Saya pernah ke hospital untuk rawatan . Dan dokter tiba2 suruh Saya untuk jawaban soalan n dkter ckp Saya Ada anxiety .Dan semakin kesini , Saya sll bertukar mood . Dari bahagia tiba2 gelisah . Bila orang Tak bagi perhatian Saya jadi marah pada Hal masalah ya kecik . Dan bila Saya marah , sy Tak dapat kawal diri Saya. Smpai selalu hentak kepala ke dinding . Ada Masa ya hugs sy tiba2 menangis bila jadi Hal yg Tak kena dengan ape yg Saya nak .

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah yang disebutkan anda (perubahan mood, senang marah dsb) boleh disebabkan oleh:
- Personality Disorder (Masalah personaliti)
- Mood Disorder (Masalah mood)
- Anxiety Disorder (Kegelisahan)
- Depression (Tekanan)
- Masalah tiroid
- Masalah hormon
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat kerana punca kepada masalah yang disebutkan merangkumi pelbagai sistem badan manusia dari segi fizikal dan mental. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor supaya pemeriksaan, diagnosis dan rawatan yang tepat dapat diberikan. Jika perlu, doktor akan merujuk permasalahan ini kepada doktor pakar psikiatri mengikut punca masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh menempah rundingan bersama doktor pakar & hospital pilihan anda di sini. Klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.