ibyukk
6 tahun
Pernah warded sbb jantung
Ayah saya umur 74 tahun. Pernah warded sebab serangan jantung. Pernah nk kena operate tp tk berjaya operate sbb check ada darah beku. Skrg tengah tunggu tarikh nk operate d institut jantung negara. Semasa berada d hosp utk pembedahan jantung hari tu, kaki mula bengkak dan skrg tercungap cungap apabila berjalan ( ubat hosp bagi tu ayah saya makan). Soalan saya, apa yg patut saya buat untuk mengurangkn bengkak kaki sementara menunggu tarikh operation d ijn
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, disebabkan sejarah kesihatan ayah anda serta gejala-gejala yang anda sebutkan adalah penting untuk anda pastikan ayah anda mengambil ubat-ubatnya dengan betul dan pada masanya serta kawal jumlah air yang diminum. Hal ini disebabkan apabila jantung seseorang itu lemah, ia tidak dapat mengepam darah dengan efektif dan menyebabkan darah ditolak ke kaki (bengkak kaki) serta paru-paru (paru-paru berair - menyebabkan sesak nafas). Sekiranya keadaan ayah anda semakin berlanjutan, adalah penting untuk anda segera membawa ayah anda ke hospital kerana ianya boleh menjadi kes kecemasan. Sekian.




































