
Anonymous
5 tahun
Pertama Kali Period Dua Kali Dalam Satu bulan
Hai, salam sejahtera. Saya berumur 26 tahun dan sudah berkahwin dua tahun. Sepanjang berkahwin, saya tidak pernah mengalami masalah period tak tentu.Saya akan period dalam masa satu minggu dan kemudian setelah 28hari saya akan period semula. Tapi pada bulan ini (July 2019), saya sudah period satu minggu dan tarikh itu betul . Namun begitu, pada cycle ke 16 muncul spotting warna coklat (29/7/2019) dan ianya masih ada sehingga hari ini (31/7/2019). Tidak dinafikan pada cycle ke 11 saya dan suami ada bersama (no protection). Saya masih ragu-ragu adakah ianya period?. Boleh saya tahu spotting itu berlaku kerana apa?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Kitaran haid dapat dikatakan tidak normal apabila kitaran haid seterusnya datang lebih cepat daripada 24 hari. Haid yang cepat boleh terjadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.