
Sulit
5 tahun
Pertanyaan simptom Covid-19
Saya ingin bertanya kepada doktor dalam 2 hari lepas saya ada mengalami sakit tekak berkahak dan batuk-batuk sedikit. Kadangkala disusuli dengan sesak nafas pada waktu malam.
Pada hari ini tekak saya sudah tidak sakit tetapi masih rasa berkahak dan sedikit batuk-batuk. Saya juga mengalami sakit yang agak kuat di bahagian atas tengah perut.
Adakah saya perlu risau dengan simptom saya dan perlu segera ke klinik/hospital untuk rawatan lanjut?
Terima kasih doktor.

5 tahun
Salam sejahtera.
Saya memahami kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID19 memandangkan anda sedang mengalami gejala seperti batuk dan sakit perut. Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori seperti berikut:
Risiko sederhana rendah: Anda perlu menjalani kuarantin kendiri sekurang-kurangnya 14 hari. Ada juga perlu untuk memantau perkembangan kesihatan badan anda seperti suhu badan dan mengawasi sebarang simptom COVID-19 seperti batuk, kesukaran bernafas dan demam.
Risiko sederhana : Anda digalakkan untuk pergi ke hospital ataupun klinik bedekatan untuk melakukan pemeriksaan khas bagi COVID-19.
Risiko tinggi: Anda perlu untuk pergi ke fasiliti kesihatan dengan kadar segera. Sekiranya anda didapati positif COVID-19, anda akan dirujuk kepada hospital khas dan mendapatkan rawatan lanjut. Anda juga akan dikuarantin di fasilit kesihatan tersebut untuk tujuan pemantauan.
Selain daripada jangkitan COVID-19, gejala Boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- GERD
- Jangkitan bakteria / virus
- Allergic Rhinitis
- Keradangan
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal) Anda boleh bercakap terus dengan doktor KKM secara percuma bagi masalah virus ini.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini