
aizanlyza.bmi
5 tahun
Pertanyaan tempat untuk ujian covid19(test)
Saya HR dari sebuah syarikat. Kami menetapkan prosedur ke atas staff yang baru pulang dari luar negara untuk membuat test covid19 bagi memastikan mereka bebas daripada covid19 sebelum masuk ke pejabat. Mereka tidak mempunyai gejala dan berstatus risiko minimal di doctoroncall. Untuk memenuhi prosedur syarikat bolehkah mereka membuat saringan covid19?Di manakah pekerja saya boleh walk in utk membuat test? Terima kasih.

5 tahun
Hai.
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda mengenai wabak risiko jangkitan COVID19. Untuk makluman anda, DoctorOnCall sedang dalam proses pelancaran perkhidmatan pengambilan sampel di rumah bagi ujian saringan COVID19. Sementara itu, sila email kami maklumat anda seperti nama penuh dan nombor telefon anda ke alamat emel contact@doctoroncall.com.my
Perunding perkhidmatan pelanggan kami akan menghubungi anda.