Sulit
4 tahun
Perubahan suara pada umur 14 tahun
Hai doc, saya nak tanya kenapa suara saya berubah jadi kasar/garau.saya umur 14 tahun.saya datang haid bulan 1 tahun 2021.tapi saya tak perasan suara saya berubah sebelum datang haid ataupun selepas.apakah yang perlu saya lakukan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, perubahan suara anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya:
- Kecederaan pita suara
- Keradangan pita suara
- Keradangan resdung, tekak
- Jangkitan tekak
- Kecederaan pada saraf pita suara
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah ini, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak.




































