nurainhassan1510
6 tahun
Perut bawah kiri berdenyut
Sy berumur 30thun…last sy period 18/7…seminggu sblm period smpi hari ni perut bwh kiri sy selalu berdenyut, mcm Kram…sy cbe buat Ujian air kencing tp negatif…mungkinkah ade penyakit yg berkaitan…tq dr…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, senggugut adalah gejala yang biasa berlaku sebelum haid atau ketika haid. Sesetengah wanita turut mengalami kesakitan ketika ovulasi.
Punca lain kesakitan pada bawah perut anda selain dari sistem peranakan, boleh berpunca daripada bahagian usus dan juga pundi kencing serta tulang dan kawasan sekitar pelvis. Namun begitu, untuk mengetahui puncanya, maklumat lanjut adalah diperlukan.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih





























