Sulit

2 tahun

Perut berasa seperti senak dan masuk angin walaupun telah makan

Saya lelaki berusia 27 tahun. perut saya berasa senak seakan2 masuk angin walaupun telah makan. perut saya akan berasa sakit tiap kali saya sendawa. apa masalah yang saya alami

Dr Ramzdhan,

2 tahun

Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu rasa senak perut. Untuk makluman anda, masalah ini boleh berpunca oleh pelbagai kondisi kesihatan, antaranya ialah:

  • Sayur-sayuran Cruciferous: Sayur-sayuran cruciferous tertentu mengandungi gula kompleks yang dipanggil raffinose yang menyebabkan gas berlebihan semasa pencernaan dan mencetuskan perut kembung. Sayur-sayuran yang tergolong dalam kumpulan ini termasuk brokoli, kubis, bak choi dan kale. Makanan ini berkhasiat jadi anda tidak perlu mengelakkannya. Namun saiz hidangan ini haruslah dikurangkan dan dimasak sepenuhnya.
  • Makan terlalu banyak atau terlalu cepat: Tabiat makan terlalu cepat menyebabkan anda tertelan lebih banyak udara dan menyebabkan perut kembung
  • Serat (fibre) yang terlalu banyak atau tidak cukup: Sistem pencernaan memerlukan serat untuk berfungsi dengan baik dan kekurangan serat boleh mengakibatkan masalah sembelit dan seterusnya mengakibatkan perut kembung. Jika anda mengalami sembelit, anda perlu tingkatkan serat pemakanan anda secara beransur-ansur kerana terlalu banyak serat dalam diet boleh mengakibatkan gas berlebihan dan menyebabkan gejala kembung.
  • Tekanan atau kebimbangan: Otak boleh mempengaruhi sistem pencernaan. Apabila anda merasa tertekan atau cemas, anda mungkin turut mengalami gangguan pencernaan seperti sakit perut, kembung, sembelit, cirit-birit, dan rasa mual.
  • Intoleransi makanan: Sesetengah orang tidak mampu mencerna makanan tertentu, yang boleh mengakibatkan pengeluaran gas berlebihan, mual, dan cirit-birit. Contohnya makanan mengandungi laktosa seperti susu.
  • Penyakit radang usus: Kembung adalah gejala umum pada individu yang mengalami gangguan radang usus seperti IBS, penyakit Celiac dan penyakit Crohn.
  • Asid refluks: Ini berlaku apabila asid melimpah dari perut sehingga ke esofagus, dan biasanya menyebabkan loya, pedih ulu hati, dan perut kembung. Ia sering berlaku tidak lama selepas makan atau minum dalam kuantiti yang banyak.
  • PMS: Sebelum haid, ramai wanita mengalami kembung dan sakit perut
  • Kekurangan bakteria yang baik dalam sistem pencernaan: Bakteria baik membantu pencernaan. Kurangnya bakteria ini mengganggu penghadaman makanan dan menyebabkan gas berlebihan di dalam perut. Ini boleh disebabkan oleh penggunaan antibiotik yang membunuh bakteria baik ini sekaligus menjejaskan keseimbangan jumlah mereka di dalam usus.

Dapatkan khidmat kepakaran doktor gastroenterologi untuk menyelesaikan masalah kembung perut anda hari ini .

Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor di klinik atau hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan. Untuk mendapatkan rawatan, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan tambahan, anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih

Hindari kembung perut dari mengganggu aktiviti harian anda dengan penjagaan sistem penghadaman yang betul.

AdobeStock_141340831

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)