
pejal6065ui
2 tahun
Perut kembung dan kerongkong rasa kering sangat
Hai doktor… Saya lelaki berumur 30 tahun. Setiap kali makan walau makan sedikit pon. Perut saya terasa kembung. Dan tekak rasa tak selesa rasa macam ade tersumbat dalam keronkong saya. Semakin lama terasa kering keronkong . Dan terasa ketat je keronkong . Saya kene minum air yg banyak untuk melega kan keronkong. Dan saya berasa nafas tersekat sekat di keronkong macam dicekik pon ada…

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan terhadap masalah kesihatan anda. Sakit tekak boleh terjadi akibat punca punca tersebut:
- Tekak kering akibat persekitaran dingin seperti bilik berhawa dingin
- Kurang minum air
- Mengambil minuman sperti kopi, teh dan alkohol
- Merokok
- Pengambilan ubat tertentu
- Terdedah kepada habuk atau allergen
- Jangkitan kuman
- Radang tekak
- Makan makanan pedas, berlemak atau berminyak
- Lendiran dari rongga hidung yang turun ke tekak “post nasal drip”
Kembung perut terjadi apabila saluran gastrointestinal (GI) diisi dengan udara atau gas. Kebanyakan orang menggambarkan kembung sebagai rasa penuh, ketat, atau bengkak di dalam perut. Perut anda mungkin juga terasa keras, dan menyakitkan. Masalah kembung boleh disebabkan:
- Masalah penghadaman seperti "lactose intolerance
- Pengambilan makanan tertentu seperti kekacang dan ubi-ubi
- Radang usus
Untuk maklumat lanjut klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.