Sulit
2 tahun
Perut kembung dan makanan tidak hadam
hai doktor saya ingin bertanya saya adzman berusia 33 thn. apakah permasalahan berkaitan perut sentiasa kembung dan ketidak hadaman. ada kah ia berkaitan dengan gastrik atau kekurang asid dalam perut. kerana apa yang saya alami perut tidak sakit seperti pedih ulu hati. tetapi bila perut di tekan dengan kuat terasa seperti mencucuk tetapi tidak pada semua kawasan perut. kawasan tekak seperti berkahak.
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Makan terlalu banyak atau terlalu cepat
- Serat (fibre) yang terlalu banyak atau tidak cukup
- Kekurangan bakteria yang baik dalam sistem pencernaan
- Konsumsi sayur-sayuran Cruciferous yang berlebihan (i.e. brokoli, kubis, bak choi dan kale)
- Gas yang tidak atau lambat keluar dari sistem pencernaan (sendawa dan buang angin (kentut) adalah dua cara udara di dalam badan keluar. Lewat atau sering bertangguh ke tandas boleh menyebabkan lebih banyak gas di dalam usus)
Atau kondisi seperti:
- Intoleransi makanan
- Tekanan / stress
Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.