
Sulit
4 tahun
Perut Kembung dan susah buang air besar dan sakit di bawah perut/prostat/atas kenaluan
Hi. saya seorang lelaki berumur 36 tahun dan sudah beberapa minggu mengalami rasa nak buang air besar akan tetapi tiada najis yang keluar. Perut pun jadi kembung. Kadang2 najis ada bercampur dengan warna hitam dan kadang2 ada biji2 hitam sekali. Selalunya najis biasa. Sekarang terasa sakit dibawah perut dan prostat. terasa senak perut. Selalu terasa hendak kencing dan macam tidak lawas.simptom apakah ini? Perlukah saya ke klinik?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini DoctorOnCall untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut anda boleh disebabkan:
- Sindrom Iritasi Usus
- Sembelit
- Radang apendiks
- Penyakit radang usus
- Jangkitan saluran air kencing/buah pinggang
- Masalah ovulasi/fibroid
Sekiranya anda mengalami demam, cirit-birit, najis berdarah ataupun kurang berat badan secara drastik, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini DoctorOnCalluntuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.