
Sulit
3 tahun
Perut membesar dan sering sakit pinggang belakang
Hi dr. Saya wanita berusia 26tahun dan sedang merancang untuk mengandung. Sejak bulan lepas, sebelum waktu period saya sering sakit pinggang hingga sukar untuk berjalan. Upt juga samar2 sahaja dan selepas tu saya period tapi peliknya sakit pinggang saya hilang.Buat pengetahuan dr, saya tidak pernah ada senggugut dari sblum berkahwin lg. Selepas habis period, sakit pinggang datang kembali shingga sekarang. Saya juga dapati perut saya semakin membesar tapi berat saya maintain sbb saya jenis yang sukar untuk bertambah berat badan. Upt juga ada 2 line tapi samar. Dalam lg 2 hari saya period. Tahun lepas saya pernah buat ct scan dan dr sahkan saya ada cyst 2 cm yg mana dr kata ianya adalah normal sahaja. Saya ingin mintak pendapat dari dr. Jika saya berjumpa dr, adakah saya perlu scan? Adakah berkait dgn cyst dan fibroid? Atau saya hamil walaupun saya period bulan lepas

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, sekiranya keputusan upt anda kurang jelas, anda juga boleh ambil ujian darah HCG dan imbasan ultrasound di mana-mana klinik kesihatah atau swasta untuk kenal pastikan kandungan anda. Selain itu, tanda dan gejala kehamilan adalah seperti yang berikut:
- Haid tidak datang
- Loya dan muntah
- Sakit perut dan haid berdarah sikit
- Ketidakselesaan payudara, tegang
- Kulit jadi gelap terutamanya pada puting dan perut buncit
- Perubahan mood
- Keletihan
- Kerap kencing
- Sembelit
Sekiranya anda berjumpa doktor, sila beritahu bahawa anda ada cyst dan doktor akan buat scan untuk memantau ukuran cyst anda, sebab kadangnya kehamilan akan menyebabkan pembesaran cyst. Kami menyarankan anda merujukkan perkara ini kepada doktor untuk dapatkan nasihat dan maklumat lebih lanjut.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Ibu dan Anak (Obstetrician).