
fatinizzati876
2 tahun
Perut mencucuk disebelah kanan
Adik saya berusia 12 tahun, beliau mengadu sakit perut seperti mencucuk disebelah kanan… Katanyaa sakit tersebut sudah berlarutan 2 hari

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan sakit perut. Ia boleh berpunca daripada pelbagai organ sama ada, perut, usus, buah pinggang, otot, tulang, saraf, dan ovari bagi wanita. Bagi kanak-kanak berusia 12 tahun, antara perkara yang biasa menjadi punca sakit perut adalah:
- Keracunan makanan
- Kembung perut
- Radang usus
- Sembelit
Untuk mengetahui punca masalah yang adik anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.