
Sulit
5 tahun
Perut meragam dan kembung
Ayah berusia 75 tahun. Baru lepas buat perbedahan angin pasang. Setiap kali selepas makan perut ayah akan meragam dan kembung. Endoscopy dah buat semuanya normal. Ubat segala ubat dah cuba.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman anda, masalah yang ayah anda hadapi mungkin disebabkan oleh banyak punca seperti:
- Ketidakhadaman
- Masalah pedih ulu hati
- Kesan sampingan akibat pengambilan ubat tertentu atau herba tertentu
- Kesan sampingan pembedahan
- Cara pemakanan dan jenis makanan yang tidak sesuai
- Masalah saraf pada usus/perut dan sebagainya
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.