Sulit
3 tahun
Perut panas,dada pedih
Saya wanita berumur 23 tahun. Saya sedang mengalami perut panas, pedih dada dan sendawa yg kerap sejak 2 hari lepas… tapi sebelum ni saya pernah di warded disebabkan jantung laju, tgn mengigil selepas minum ubat batuk dan doktor mendiagnosis saya subclinical hypothyroidism, adakah tanda gejala yg saya alami sekarang kena mengena dengan penyakit itu? Atau ini gastrik?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah hipotiroid boleh menyebabkan masalah dalam sistem penghadaman anda. Antara masalah ini ialah:
- Angin
- Sembelit
- Cirit-birit
- Pedih hulu hati
- Mual dan muntah
Untuk menangani masalah ini, puncanya harus ditangani iaitu hipotiroid anda. Anda harus makan ubat pengganti hormon tiroid anda dan sentiasa dapatkan rawatan susulan daripada doktor yang merawat anda… Selain itu, anda harus melakukan senaman supaya perut dan usus anda giat bergerak untuk mengelakkan masalah angin.
Selesaikan masalah tiroid anda dengan Pakar Yang Bertauliah !
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.