
Sulit
4 tahun
Perut sakit selepas kena gigit Kutu Babi
Bahagian bawah pusat saya sangat sakit. Seperti ada duri/jarum/tulang ikan di bahagian bawah pusat.
Setelah diperiksa, diidapati ada kutu babi di dalam pusat.
Sy sudah membuangnya.
Dalam 4 hari, sy telah jumpa 3 doktor yang berlainan unt dapatkan rawatan.
Kesemua mereka mengatakan tiada apa2.
Malah doktor ke-2 mengatakan sy tidak layak MC.
Sedangkan sy datang jumpa dia pun dalam keadaan bongkok2 seperti nenek kebayan.
Hari ke-5 masih sakit. Jalan bongkok.
Perlu tekan sedikit pusat baru boleh tegakkan badan.
Kesemua doktor ada berikan ubat tahan sakit.
Tetapi masih sakit.
Sy pernah caesar anak sulung 3 tahun lepas.
Sy juga ada fibroid dan cyst.
Segala usaha pihak tuan dalam membalas persoalan ini, sy dahulukan dgn ucapan terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan dan penjelasan yang harus diberi. Anda bertanyakan tentang sakit perut tetapi jalan membongkok yang lebih menunjukkan sakit belakang. Untuk makluman anda juga, doktor yang telah memeriksa anda berpeluang melakukan pemeriksaan fizikal iaitu langkah yang sangat penting untuk mendapatkan diagnosis.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall). Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.