
Sulit
4 tahun
Perut sentiasa kembung, padat, sebu Dan semakin membesar
Salam sejahtera. Dr Saya memerlukan pandangan doktor. Perut Saya semakin Hari semakin besar , kembung, sebu setiap Hari. Period Saya normal setiap bulan. Saya risau jika ianya kanser. Tetapi Saya tidak berasa sakit do bahagian perut. Saya membunag air besar Dan angin seperti biasa. Adakalanya sy juga tidak makan di waktu malam tetapi perut tetap bulat besar penuh terasa terlalu padat, kembung, senak, sebu. Apakah ujian yang perlu Saya lakukan utk cek di bahagian perut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman yang diberikan adalah tidak mencukupi untuk pihak saya membuat kesimpulan.
Akan tetapi, masalah perut kembung ini boleh disebabkan oleh banyak perkara.Antaranya adalah:
Masalah penghadaman seperti "lactose intolerance
Pengambilan makanan tertentu seperti kekacang dan ubi-ubi
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Setelah mendapatkan maklumat yang lengkap, doktor yang memeriksa anda akan membuat keputusan untuk ujian seterusnya.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.