
Sulit
4 tahun
Perut tk selasa bawah pusat
Hi Doc,sya umur 21…saya mengalami masalah sembelit dan rasa x selesa bhgian perut bawah pusat…kdg2 rasa mcm ssh nk bernafas…dan kerap sendawa

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sembelit dimana anda mengalami masalah sukar untuk membuang air besar atau jarang membuang air besar ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pengaruh gaya hidup- Pola makan yang kurang sehat, seperti kekurangan serat serta kekurangan air
- Menunda buang air besar- Sering kali anak-anak maupun orang dewasa menunda untuk buang air besar kerana perasaan takut, malu, atau tiada privasi untuk menggunakan tandas
- Pengaruh ubat-ubatan- Ubat-ubatan tertentu seperti suplemen kalsium, suplemen zat besi, ubat antiepilepsi, antidepresan, antipsikotik, dan antidiuretik boleh menyebabkan sembelit
Kebiasaannya, sekiranya anda menglami masalah sembelit, tahi akan menjadi keras oleh kerana air telah banyak diserap sepanjang ia berada di dalam usus.
Namun begitu, keterangan di atas hanyalah jawapan am. PIhak kami tidak menolak keberangkalian masalah lain. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Buat masa sekarang, antara langkah yang boleh anda ambil untuk mengatasi masalah sembelit adalah dengan:
- Banyakkan serat dalam pemakanan seperti buah-buahan dan sayur
- Banyak minum air
- Jangan tangguh apabila mahu ke tandas
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.