
Sulit
3 tahun
Pesakit covid kes CAT 1 dan kontak rapat
Hai, berdasarkan result swab test, sya dinyatakan positif covid kes CAT 1 tetapi ayah saya pula mendapat keputusan negatif, adakah ayah saya perlu ikut kuarantin selama 10 hari?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Berdasarkan pernyataan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang mengenai maslah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, menurut KKM, kumpulan yang wajib membuat ujian saringan (swab test) adalah kontak rapat dan mereka yang mempunyai gejala. Kontak rapat COVID-19 adalah mereka yang berhubung rapat dalam lingkungan SATU meter dengan kes yang telah DISAHKAN POSITIF.
Menurut KKM juga, kontak rapat adalah dikategorikan kepada kumpulan berikut:
- Pendedahan daripada penjagaan kesihatan, seperti petugas kesihatan yang mengendalikan kes Covid-19 tanpa kelengkapan perlindungan peribadi (PPE) sewajarnya, pelawat, dan pesakit di dalam wad sama dengan pesakit Covid-19.
- Orang yang bekerja bersama pesakit Covid-19 dalam persekitaran yang rapat, atau berkongsi bilik kelas dengannya.
- Orang yang membuat perjalanan bersama pesakit Covid-19 dalam apa jenis pengangkutan pun.
- Orang yang tinggal dalam rumah yang sama dengan pesakit Covid-19.
Oleh itu, saya menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor untuk mendapatkan maklumat yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan informasi dan maklumat yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini