Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Pesakit diabetes tinggalkan insulin

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Julai 11, 2020 5:08 AM

Sulit 7 bulan

Salam doc.nak tanya, ayh saya pedsakitd diabetes. Dah dua minggu x insulin sebab xnk jumpa doc. Bahaya x untuk ayah saya ye doc?

Dr Sashini Seeni 7 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, tindakan ini boleh menyebabkan kadar gula dalam darah meningkat secara mendadak lalu terjadinya komplikasi seperti diabetic ketoacidosis. Simptomnya adalah seperti:

  • Muntah
  • Bernafas dengan laju
  • Kurang fokus
  • Nafas berbau buah
  • Mulut dan kulit kering
  • Kerap kencing dan haus
  • Sakit kepala
  • Sakit otot atau sengal

Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Sat Jul 11 2020 05:08:37 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Endokrinologi tentang kencing manis secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80