Sulit
2 tahun
Pesakit Gout setelah vaksin doa pertama
Suami saya bengkak kaki (gout) setelah ambil vaksin dos pertama AZ. Bolehkah beliau mengambil ubat gout yang memgandungi Nsaid?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang telah diajukan
Melalui keterangan yang diberikan, anda mempunyai penyakit gout dan sedang mengambil ubat bagi masalah tersebut. Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah ini dan kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, Setiap individu digalakkan untuk mengambil vaksin COVID-19. Vaksin tersebut juga selamat digunakan dan tiada larangan untuk orang yang sedang mengambil ubat yang dinyatakan diatas. Sebagai langkah keselamatan, anda perlu memaklumkan kepada doktor yang bertugas sewaktu proses suntikan diberikan.
Namun, tanpa perlindungan daripada vaksin, anda berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi yang serius jika dijangkiti COVID-19
Selain itu anda juga dinasihatkan untuk dapatkan kepastian selanjutnya dari doktor atau doktor pakar mengenai masalah ini. Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, teruskan rutin kerap melakukan kebersihan tangan dengan baik, amalkan penjarakan sosial/fizikal, memakai pelitup muka di luar rumah dan patuhi SOP pandemik yang lain.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai pengambilan ubat NSAIDs selepas menerima suntikan vaksin.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini