Sulit
3 tahun
Pesakit jantung. Sekarang tidak rasa selesa dibahagian perut/ulu hati. Sesak nafas ketika berbaring hendak tidur, tidak selesa dibahagian dada/ulu hati/perut
Saya ialah pesakit jantung, tapi skrg saya susah untuk tidur. Tiap kali baring, saya akan rasa tidak selesa dan sesak nafas.
Perut saya sentiasa berangin dan sendawa.
Ada juga rasa tidak selesa di bahagian ulu hati atau perut. Tiap kali selepas batuk saya rasa bahagian ulu hati seperti bergetar.
Antara ubat yg saya tgh ambil skrg Brilinta, Aspirin,Bisoprolol, Perindopril, Pantoprazole, Atorvastatin.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, masalah utama yang anda hadapi ialah pedih ulu hati. Untuk makluman pihak anda, pedih ulu hati boleh disebabkan oleh:
- Masalah asid refluks atau GERD
- Masalah gastrik
- Ulser perut
- Stress
- Hiatus hernia
Namun begitu, maklumat lanjut dan pemeriksaan haruslah dilakukan sebelum kesimpulan dapat dibuat tentang gejala-gejala yang anda alami.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.