Sulit

3 tahun

Simptom Gerd dan Kesan Sampingan Ubat Gastrik dan Gerd

Hi doktor,

Saya mengalami masalah gerd sehingga sesak nafas, lidah menjadi pahit, sukar menelan air liur dan gangguan pemikiran yang sering moody.

Kali pertama mendapat penyakit gastrik ini apabila saya minum kopi dan produk nescafe. Sy merasa pedih ulu hati. Saya merawat dgn menjaga pemakanan dan ia hilang.

Kali kedua saya kena apabila saya hisap rokok dan vape lidah saya jadi pahit, pedih dan masam serta tidak selesa dan sy berhenti merokok seketika dan masalah mula hilang.

Kali ketiga saya kena apabila saya minum kopi dan makan nasi lemak kemudian merokok dan vape. Kali ini masalah gastrik saya menjadi gerd dan saya mengadapi sukar bernafas ketika tidur. Saya terus mendapatkan rawatan di emergency hospital. Setelah rawatan simptom penyakit saya mula melihatkan tanda2 positif. Sy mula boleh tidur dan mudah bernafas. Doktor bagi saya ubat magnesium translicate dan vencid petoprazole untuk rawatan dirumah.

Pertanyaan saya adalah, ubat yg doktor beri itu memberikan saya kesan sampingan seperti pening kepala, badan tidak bermaya dan rasa kepanasan serta sakit dibahagian perut. Tetapi simptom sesak nafas perut dan kembung perut saya hilang sementara dan saya tidur seperti org pengsan.

Saya mula berhenti mengambil ubat vencid pentoprazole.

Tetapi meneruskan ubat magnesium trinslicate dgn mengurangkan dos daripada 15ml 3 kali sehari kpd 15ml sekali sehari sahaja. Namun kesan sampingan seperti sy katakan tetap ada. Saya kurangkan dos kpd 10ml sekali sehari. Sesak nafas sy hilang tetapi sakit perut tetap ada. Sy kurangkan lg dos kpd 5ml sekali sehari namun sakit perut tetap ada.

Akhirnya saya kurangkan lagi dos sehingga 2.5ml sekali sehari barulah sakit perut sy mula hilang.

Pertanyaan saya adakah saya boleh meneruskan pemakanan ubat ini 2.5ml 3 kali sehari? Atau mula mencari ubat lain di farmasi yg tiada kesan sampingan. Dan apa perlu saya buat jika masalah gerd sy masih tidak hilang. Adakah sy perlu menjalani proses pembedahan?

Adakah sy mengalami jangkitan bakteria ketika vape?

Harap doktor boleh memberi info2 perubatan yg boleh membantu sy dlm merawat penyakit sy ini.

Hai/Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami/atas soalan yang diajukan

Untuk pengetahuan anda, anda dilarang untuk mengubah dos ubat sesuka hati anda tanpa berbincang dengan doktor terlebih dahulu kerana mengubah dos tanpa pengawasan doktor mungkin mengurangkan keberkesanan ubat yang anda ambil.

Berikut merupakan beberapa kesan sampingan yang biasa dilaporkan oleh pesakit yang mengambil pantoprazole:

  • Loya
  • Muntah
  • Cirit-birit
  • Sembelit
  • Sakit perut
  • Sakit kepala
  • Pening kepala
  • Insomnia (sukar untuk tidur)

Buat masa sekarang, masalah GERD kebiasaannya dikawal hanya dengan menggunakan ubat yang mengurangkan penghasilan asid perut untuk melegakan simptom penghidapnya. Pembedahan hanya akan dilakukan sekiranya perubahan gaya hidup dan ubat-ubatan gagal memberikan kesan positif kepada anda.

Berikut antara langkah-langkah perubahan gaya hidup yang boleh anda lakukan untuk mengawal gejala GERD:

  • Berhenti merokok dan vape
  • Elakkan dari makan terlalu banyak. Makan dalam kuantiti sederhana dan amalkan pemakanan seimbang
  • Kurangkan berat badan sekiranya berat badan anda tinggi
  • Elakkan daripada makan makanan berlemak, minuman berkafein terlalu banyak
  • Elakkan daripada terus baring setelah makan
  • Posisikan kepala anda lebih tinggi dari badan ketika sedang baring

Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda disebabkan masalah ini berlarutan.

Sekali lagi kami tekankan, elakkan dari mengubah dos ubat-ubatan atau berhenti mengambil ubat yang telah diperskripsi oleh doktor sebelum berbincang dengan doktor terlebih dahulu.

Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.

AdobeStock_93516133

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)