Sulit
3 tahun
Pesakit lelaki hyperthyroid
Saya lelaki berumur 22 tahun mengidap hyperthyroid, saya mulakan pengambilan carbimazole sejak pertengahan tahun lepas dengan 60mg. Selepas itu, berat badan saya semakin naik, kurang berpeluh, mata kurang berair, dan tanda2 yg baik. Dalam masa yang sama, saya berjumpa doktor 1 bulan sekali, dan doktor mengurangkan dos ubat saya sedikit demi sedikit. Sekarang saya makan carbimazole 10mg. Dan berat badan saya kembali turun dan mata saya kembali berair dan terbonjol. Apakah maksudnya doktor? Harap doktor dapat bagi penerangan tentang masalah saya.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Melalui penerangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, dos ubat carbamizole yang diarahkan (preskripsi) oleh doktor adalah bergantung kepada kondisi kesihatan pesakit. Pengurangan dos setelah beberapa kali follow up adalah wajar bagi mencegah penurunan kadar hormon yang berlebihan. Akan tetapi, sekiranya anda mengalami semula gejala hipertiroid seperti berat badan yang menurun dan mata terbonjol, anda dinasihatkan berjumpa kembali dengan doktor anda dan memberikan aduan ini. Pemeriksaan yang menyeluruh adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Untuk info yang mendalam tentang perkara ini, anda boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Masih gusar dengan masalah tiroid anda? Dapatkan nasihat daripada pakar perubatan kami.