
Sulit
4 tahun
Pesakit strok kulit badan mengelupas
Ayah saya adalah pesakit strok hampir setahun. Pada masa ini ayah saya mengalami gatal gatal pada badan serta kulit mengelupas sehingga melekat di tilam yang dia baring. Ayah saya selalu mengadu sakit badan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang bapa anda hadapi iaitu kulit badan yang menggelupas. Untuk makluman anda, kulit mengelupas, secara saintifiknya dikenali sebagai ‘desquamation’, adalah kehilangan lapisan luar kulit anda. Kulit mengelupas mungkin disebabkan oleh kerosakan yang berlaku terus terhadap kulit atau disebabkan oleh keadaan kulit yang tertentu, pelbagai jenis penyakit serius, gangguan, dan keadaan luaran atau dalaman.
Kulit mengelupas mungkin berlaku di kawasan tertentu atau seluruh badan manusia pada semua peringkat umur. Penyebabnya boleh disembuhkan atau dirawat dengan rawatan topikal. Antara penyebabnya adalah kekeringan, kesan terbakar daripada bahan kimia, alahan dan penyakit kulit. Berikut adalah beberapa cara untuk merawat dan petua untuk atasi pengelupasan apabila ia bermula:
- Gunakan krim anti-radang yang menenangkan
Sapukan krim anti keradangan bagi selaran matahari seperti aloe vera atau krim kortison. Atau - selagi anda tidak alergi terhadap aspirin - hancurkan beberapa tablet aspirin ke dalam serbuk halus dan tambahkan air yang mencukupi sehingga ia pekat dan likat. Sapukan ia kepada bahagian-bahagian badan yang terjejas disebabkan oleh selaran matahari/’sunburn’. Elakkan krim berasaskan petroleum atau krim lain yang berasaskan minyak kerana ia mungkin memerangkap haba dan menjadikan sunburn dan kulit mengelupas menjadi lebih teruk. Cuba lembapkan kulit sebaik sahaja anda mandi, apabila kulit anda masih lembap, kerana ia membantu mengekalkan kelembapan.
- Mandi air sejuk
Mandi dengan air sejuk (suhu kurang sedikit daripada suhu air suam). Ini boleh membantu meredakan kesakitan selaran matahari anda dan menghentikan kulit anda daripada mengelupas lebih teruk. Elakkan mandi jika kulit anda lepuh selain daripada mengupas, kerana mandi mungkin boleh memecahkan lepuh dan mencetuskan lebih banyak pengelupasan. Jangan gunakan sabun atau minyak mandi apabila anda mandi. Ini boleh membuatkan pengelupasan menjadi lebih teruk.
- Berlembut dengan kulit anda
Elakkan menggosok kulit anda dengan tuala selepas mandi. Ini boleh menyebabkan pengelupasan menjadi lebih teruk. Sebaliknya, tekapkan kulit kering dengan tuala yang lembap.
- Buat kompres sejuk
Letakkan kompres yang sejuk dan basah pada kulit anda selama 20 hingga 30 minit untuk mengurangkan kerengsaan dan hentikan pengelupasan. Pastikan tidak letak ais terus ke kulit anda kerana ia boleh menyebabkan kerengsaan yang berlanjutan.
- Sentiasa terhidrasi
Pastikan anda mengekalkan kulit anda terhidrasi dengan minum sekurang-kurangnya lapan gelas air masak setiap hari semasa anda sembuh dari selaran matahari anda. Ini akan membantu mengurangkan pengelupasan.
- Pastikan kulit dilindungi
Melindungi kulit mengelupas anda dari kerosakan yang lebih teruk dengan memastikan ia ditutup dengan pakaian dan / atau menyapu ‘sunblock’ dengan SPF sebanyak 45 atau lebih tinggi.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Anda disyorkan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.