
Sulit
3 tahun
Pesakit waferin dan rawatan utntunnya
Saya umur dalam 30-an dan saya mempunyai masalah tidak tegang dan juga saya mengambil ubat cayir darah atas nasihat doktor atas sebab mwmpunyai masalah ketumbuhan di kepala. Bagaimana rawatan untuk ini dan bolehkah di rawat semula

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, ketumbuhan di kepala mempunyai risiko untuk mengembangkan emboli trombus vena (VTE), serta berisiko menyebabkan strok. Oleh itu, ubat cair darah seperti warferin yang dinasihat oleh doktor anda boleh bantu mengurangkan risiko tersebut.
Selain itu, rawatan untuk sesuatu penyakit adalah berbeza berdasarkan tahap keparahan penyakit, ditetap melalui periksaan dan penyelidikan berkaitan. Oleh itu, anda perlulah merujukkan perkara ini kepada doktor anda dan bincangkan rancangan rawatan yang sebaiknya.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Neurologi..