Sulit
4 tahun
Pil dusphaton untuk turun period
Salam doktor sy brusia 26 tahun…bulan lepas sy makan pil prancang keluarga.13 hari sudah lambat period.sy dah check upt dan hasil nya negatif.untuk mnstabilkan kembali kitaran haid sy…bolehkah sy mkan pil dusphaton.atau ada apa2 ubat untuk turun period?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, terdapat pelbagai kesan sampingan pil perancang keluarga. Antaranya:
- mengubah kitaran haid (haid lewat, haid berpanjangan, haid tidak teratur)
- emosi tidak stabil
- jerawat
- berat badan meningkat
Walaubagaimanapun, kesan sampingan ini akan berkurangan dan hanya bersifat sementara.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.