Sulit
4 tahun
Pil escapelle pil pencegah hamil
Saya mengambil pil tersebut dlm 48 jam setelah melakukan hubungan. Period lewat dtg 5 hari. Slps hari ke 6 satu gel keluar bergumpal berwarna purple.
Tiada darah haid yang keluar.
Minta pencerahan. Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, Escapelle adalah sejenis pil perancang kecemasan yang berfungsi mencegah kehamilan dengan cara melambatkan ovulasi. Harus diketahui bahawa kesan samping yang sering muncul setelah menggunakan Escapelle adalah seperti mual, muntah, perdarahan, sakit payudara, sakit kepala, pening, keletihan dan dapat berlangsung sampai dua hari. Perdarahan yang dimaksudkan adalah perdarahan dari organ seksual yang biasanya mirip haid.
Bagi info tambahan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.