
Sulit
4 tahun
Pil perancang dan waktu kesuburan
Saya seorg ibu kepada anak berumur 5 Bulan…Saya bersama suami pada malam 21/2 dalam kondom yg digunakan didapati bocor tetapi masih bnyak air Mani didalamnya.dengan keadaan trges2 saya pergi ke toilet dalam memasuki jari didalam vagina Saya dan mendapati terdapat air Mani …keesokan harinya Saya ke farmasi dalam mengambil pil trsebut pada jam 9.30 malam.saya menggunakan pil postinor 2…tetapi tidak menunjukkan apa2 kesan.keesokan Hari Saya mengambil tablet kedua pada 9.30 pg…juga tidak menunjukkan apa2 kesan…Saya risau Saya pregnant…dalam period Saya akan datang tepat 1hb…adakah wktu Saya bersama suami Saya adakah wktu subur Saya…dan doctor rasa Saya akan pregnant Tak…mohon jawab

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, ubat yang anda ambil adalah pil perancang kecemasan dan ia berfungsi adalah dengan mengekang telur (ovum) keluar dari ovari dan menebalkan lendiran pada dinding rahim supaya ovum dan sperma susah untuk melekat di situ.
Dos pertama perlu diambil secepat mungkin selepas melakukan hubungan, kurang daripada 72 jam. Dos kedua perlu diambil 12 jam selepas pengambilan dos pertama. Semakin lambat anda mengambil dos pertama selepas bersama semakin kurang keberkesanannya, dan ianya tidak berguna jika diambil selepas 72 jam.
Informasi dengan lebih lanjut tentang pil perancang kecemasan ini boleh didapati di bawah.
- Ia digunakan untuk mengelakkan kehamilan apabila diambil dalam tempoh 72 jam hubungan seks tanpa perlindungan.
- Dianggarkan bahawa ia akan menghalang 85% kehamilan yang tidak diharapkan. 95% kehamilan dijangkakan dapat dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
- Tidak diketahui sama ada ia berkesan jika diambil lebih daripada 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
- Mengambil dos pil kontraseptif kecemasan secara berlebihan dalam sesuatu masa tidak akan menjadikannya lebih berkesan.
- Jangan ambil 2 pil pada masa yang sama
Jalinkan hubungan seks tanpa kebimbangan lagi
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.