beabiancagebu
4 tahun
Pil perancang diane35 menyebabkan seseorang sukar tidur
Hi doc… benarkah pil perancang diane35 boleh menyebabkan seseorang sukar untuk tidur Kerana pil ini mengawal hormone badan,di katatakan pil ini boleh menyebabkan seseorang mengalami depression dan anxiety… so, saya khuatir untuk mengambil pil ini memandangkan saya juga mempunyai sakit mental… mohon pencerahan doc
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Melalui keterangan puan, pil tersebut menyebabkan beberapa kesan sampingan. Antaranya:
- kitaran haid berubah
- emosi tidak stabil
- naik berat badan
- kekurangan nafsu
- muntah atau loya.
Maka, emosi tidak stabil boleh menyebabkan masalah tersebut dan mengganggu kesihatan mental.
Ini hanya jawapan am kepada soalan yang diajukan. Terdapat kemungkinan untuk masalah lain yang menyebabkan simptom puan ini.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana terdapat kemugkinan masalah serius yang boleh berlaku. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.