Sulit
3 tahun
Pil perancang elak dari kanser barah dan jika ada cyst payudara adakah boleh makan pil perancang?
apakah ubat perancang yg sesuai untuk yg tak membahayakan kesihatan? kalau perancang kat klnik kesihatan risiko sikit kan? saya nak cari kat farmasi. tolong suggest yang mana ok. sebelum ni sy cucuk depo tapi sy langsung tak priod sy stop sebab sy ada cyst kat payudara misi tak berani nk cucuk takot makin membesar. sekarang haid sy tak teratur selepas stop cucuk depo. datang sebulan 2kali. awl dan akhir bulan. jadi sekarang kalau ada cyst pyudara saya boleh makan pil perancang tak dan tolong suggest yg mana paling ok yg elak dari kanser barah
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, pil perancang mempunyai pelbagai jenis dan ia mempunyai cara penggunaan yang berbeza mengikut jenis tersebut. Ada jenis pil perancang yang perlu di ambil hari-hari, ada juga pil perancang yang diambil sekali sebulan.
Untuk pengetahuan anda, pil perancang mempunyai keupayaan untuk meningkatkan kadar berlakunya kanser didalam tubuh badan manusia melalui penghasilan hormon estrogen dan progesteron. Secara tidak langsung, pembentukan sel kanser akan berlaku didalam payudara. Selain itu, Pengambilan pil perancang juga boleh menyebabkan kepada kanser serviks.
Walaubagaimanapun, terdapat kajian menyatakan bahawa pil perancang akan mengurangkan kadar risiko sesetengah kanser seperti :
- Kanser Endometrium
- Kanser Ovari
- Kanser Kolon
Terdapat pelbagai kesan sampingan dan komplikasi lain mengenai pengambilan pil perancang, antaranya ialah :
- Mual
- Haid tidak teratur
- Sakit pada bahagaian payudara
- Deep Vein Thrombosis (Gumpalan darah didalam saluran Vein)
- Serangan Jantung (Heart Attack)
- Strok
Sekiranya pengambilan pil perancang membawa kepada sebarang perubahan kepada fizikal dan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan nasihat dan rawatan yang sewajarnya.
Untuk mengetahui lanjut, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Perancangan keluarga penting untuk kesejahteraan rumah tangga. Khidmat nasihat pakar, dapat