
nuramirayusof939
5 tahun
Pil perancang noriday pendarahn
saya wanita 30tahun . saya mengambil pil noriday. akan tetapi saya mempunyai masalah pendarahan. saya dtg period dlm jangka masa yg lama , lebih kurang 3 minggu dan mempunyai ketulan darah. adakah saya perlu berhenti menggunakan noriday. dan bertukar ke oralcon? atau saya patutnya berhenti mengambil kontraseptif. tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala pendarahan yang berpanjangan boleh disebabkan oleh beberapa sebab seperti:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui
- Kanser rahim atau cerviks - sekiranya pernah mempunyai keputusan pap smear positif, sejarah kekeluargaan
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan - seperti pil perancang
Sekiranya anda ingin menukar kepada pil Oralcon iaitu sejenis pil gabungan hormon, punca kepada pendarahan berpanjangan ini perlu diketahui dahulu. Hal ini bagi memastikan rawatan bersesuaian diberikan. Pil Oralcon yang diberikan untuk masalah pendarahan berpanjangan juga adalah berbeza dari segi dos berbanding dengan pil Oralcon yang digunakan untuk pencegahan kehamilan. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.