Sulit
2 tahun
Pil perancang yang sesuai oleh pesakit diabetes
Assalamualaikum… Selamat sejahtera…
Pil perancang apakah yang sesuai di ambil oleh wanita yang mempunyai diabetes?
Dan apakah jenis perancang yang tidak boleh diambil?
Tq doc
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami di atas talian.
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu!
Umumnya, terdapat beberapa jenis pil perancang dengan indikasi dan cara pengambilan yang berbeza, justeru itu saya menasihatkan anda untuk berjumpa doktor anda kembali atau pakar kesihatan wanita bagi menentukan kaedah rawatan perancangan keluarag yang terbaik buat diri anda saat ini. Lazimnya sesetengah pil perancang akan hanya berkesan jika diambil pada hari pertama haid berlangsung dan berterusan setiap hari, sehingga perancangan keluarga ingin dibatalkan.
Selain daripada itu, terdapat beberapa jenis kaedah perancangan keluarga yang terdiri daripada
- pil perancang keluarga
- pil hormon progesterone only
- pil hormon progesterone & estrogen
- suntikan perancang keluarga
- suntikan hormon
- alat kontrasepsi fizikal jangka panjang
- IUCD
- Norplant
- alat kontrasepsi fizikal sementara
- kondom lelaki
- kondom wanita
- kaedah kontrasepsi kekal
- Vasectomy
- Bilateral Tube Ligation
Berdasarkan kajian semasa, kondom lelaki didapatkan 95% efektif dalam mencegah kehamilan dan merupakan pilihan perancangan keluarga yang terbaik sementara menunggu kaedah perancang yang disarankan oleh doktor anda.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.