
Sulit
5 tahun
Pil perancang yang sesuai untuk sy ambil kerana sekarang anak sy berumur 6 bulan dan masih menyusu badan
Sy wanita berumur 27 tahun… sy merancang keluarga dengan mengambil pil noriday, sekarang anak sy dah 6 bulan… pil apa yang sesuai untuk sy tukar sebab anak sy masih menyusu…

5 tahun
yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, untuk perancangan keluarga semasa menyusu, terdapat beberapa perkara yang anda perlu ketahui:
- Proses menyusu itu sendiri dapat mencegah kehamilan - namun ianya tidaklah 100% berkesan
- Sekiranya anda ingin mengambil pil - apa-apa pil perancang mempunyai risiko mengganggu kuantiti atau kualiti air susuan walaupun menggunakan pil berasaskan progesteron sahaja
- Pil perancang yang disarankan bagi ibu menyusu adalah pil berasaskan progesteron sahaja (POP)
- Terdapat banyak lagi kaedah perancangan keluarga yang bersesuaian dengan ibu yang menyusu seperti IUCD (iaitu implan dalam rahim), kondom
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan seperti sejarah kehamilan dan sejarah kesihatan anda serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.