
Sulit
4 tahun
Pil untuk dimasukkan ke dalam vagina
Saya wanita 20an dan belum berkahwin. Bagaimana cara memasukkan pil clotrimazole vaginal insert yang betul? Saya telah cuba memasukkan tetapi tidak berani untuk menolak ke dalam faraj

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk makluman anda, cara menggunakan vaginal insert adalah anda perlu meletakkan tablet pada applicator terlebih dahulu dan kemudian memasukkannya ke dalam kemaluan anda dan menolaknya dengan perlahan-lahan dan menarik keluar applicator tersebut setelah ubat anda telah dimasukkan ke dalam kemaluan.
Sekiranya anda tidak mempunyai applicator tersebut, anda boleh pergi ke farmasi berdekatan atau berjumpa dengan doktor untuk berbincang dengannya mengenai cara memasukkan ubat tersebut.
Jika anda ingin tahu dengan lebih lanjut, anda boleh hubungi doktor kami di (DoctorOnCall) untuk sesi konsultasi secara peribadi di atas talian. Terima kasih