Sulit
5 tahun
Pilihan kaedah perancang kehamilan untuk wanita yang belum pernah mengandung
Saya wanita 20an dan baru berkahwin tetapi belum ingin mengandung kerana masih belajar…apakah kaedah perancang yang paling selamat dan terbaik boleh digunakan kerana memang tidak dibolehkan mengandung sepanjang tempoh pengajian dan dikenakan tindakan jika didapatu mengandung.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, terdapat pelbagai cara untuk mencegah kehamilan. Antaranya:
Penggunaan kondom
Pil makan yang diambil 21 hari/28 hari
suntikan depo setiap 3 bulan
suntikan implanon setiap 3 tahun
alat pencegah kehamilan di rahim dalam masa 5 tahun.
Untuk makluman anda, pil perancang kecemasan tidak boleh diambil dengan kerap kerana ia boleh mengganggu kitaran haid anda.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.



































