Anonymous
6 tahun
Pill perancang yasmin
Saya bersalin secara pembedahan. Selepas itu saya mengambil pill perancangan . Hari first saya makan pill perancang tu sy bersama suami. Adakah sy akan hamil lagi???
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Secara amnya, penyusuan badan adalah kaedah perancang semulajadi. Memandangkan anda sedang mengambil piil perancang, kemungkinan untuk anda hamil adalah kurang. Walaubagaimanapun, anda disarankan untuk menggunakan kaedah kondom untuk minggu pertama.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



































