Sulit
3 tahun
Pipi bengkak selama 3 hari
saya sudah kena sengat oleh lebah dipipi pada 3 hari lepas, dan pipi saya menjadi bengkak, saya nak tanya adakah bengkak ini akan kekal, dan bagaimana nak hilangkn bengkak itu
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, bengkak tersebut biasanya akan hilang setelah keradangan di bahagian sengatan surut. Anda boleh menggunakan ais yang divalut kain dan tekapkan di bahagian pipi yang kembang.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.