
muhdsaifullah360
5 tahun
Pipi bengkak tetapi gigi tidak merasa sakit
Saya lelaki berumur 20 tahun. Dua hari lepas saya dapati pipi saya membengkak dan sakit dibahagian gusi.saya nak tanya adakah rawatan yang sesuai menghilangkan sakit tersebut

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan kenyataan anda di atas, anda berkemungkinan besar telah menghidap penyakit gusi atau gingivitis. Penyakit gusi merupakan sejenis keradangan pada gusi. Penyakit gusi biasanya disebabkan oleh infeksi gigi yang berlubang.
Saya sarankan anda untuk segera mendapatkan pemeriksaan gigi dan rawatan yang bersesuaian di klinik gigi
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.