
azlinahamzah47
5 tahun
Pning Dan bemusing sekejap sekejap
Assalammualaikum ibu sya brumur 54 thn… Sering mengalami pning Dan brpusing… bila tidur pun dia rsa brpusing… knpa ya sbb dh check kk… cuma bgi ubat pening je. Adakah krna ubat yg dia mkn iaitu ubt jantung Dan darah tinggi.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, gejala peningberpusing yang dihadapi oleh itu anda boleh disebabkan oleh:
- Masalah tekanan darah
- Masalah vertigo
- Masalah gangguan di dalam telinga
- Kesan sampingan ubat yang diambil oleh ibu anda
Untuk mengetahui punca masalah yang ibu anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.