
Sulit
4 tahun
Posisi tidur yang betul untuk ibu hamil 7mnggu
Doctor saya ragu , posisi tidur yang mana sesuai untuk ibu hamil 7minggu ?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, pada trimester pertama kehamilan iaitu dari minggu pertama hingga minggu 12, anda boleh tidur dalam posisi yang normal seperti tidur telentang, mengiring atau meniarap kerana waktu ini rahim anda tidak besar dan menganggu tidur anda.
Sewaktu trimester kedua dan ketiga, anda digalakkan untuk tidur dalam posisi mengiring ke kiri untuk melancarkan peredaran darah. Terdapat pelbagai bantal yang boleh memudahkan posisi tidur ibu hamil.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.